Cerita Raya 2024 - Beraya di Kampung Halaman

Farah
3
Assalamualaikum, Hye. Cerita raya aku dan keluarga, sama tiap tahun. Kampung pun tak jauh, mak orang JB dan Abah pula orang Pontian. So raya pertama, memang akan raya both side. Adil haha. 

Lauk raya
Normally, mak akan masak juga lauk pauk raya di rumah. So a day before raya tu, kiteorang tolong mak masak. Untuk raya tahun ni, kiteorang choose menu - Kari Dal Daging, Ayam Masak Rendang, dan Sambal Goreng Jawa.

Mak masak Kari Dal Daging, dan Ayam Masak Rendang. Sambal Goreng Jawa, huda yang masak.

Cerita Raya 2024 - Beraya di Kampung Halaman

I ambil gambar lauk - pauk yang dah packing terus hehe.

Lauk - lauk ni, kiteorang akan bagi pada family belah mak dan family belah abah.

Tidur kampung dan ada BBQ
Tengah hari, kami singgah rumah Pak Usu (family belah mak) di Johor Bahru. Memang tiap tahun, since arwah atok tak ada, kiteorang semua akan berkumpul di sana.

Lepas tu, barulah balik Pontian. Kampung Abah. Tahun ni, agak menarik sebab ada BBQ event sekali, belah malam tu.

Cerita Raya 2024 - Beraya di Kampung Halaman
Biasa dekat kampung, kalau ada sedara mara balik memang akan banyak makanan. Raya lagilah, meriah dengan juadah raya.

Ayam Masak Merah, Rendang Daging antara juadah yang akan ada setiap tahun. Serunding pun.

Belah malam, ada BBQ dan steamboat.

Cerita Raya 2024 - Beraya di Kampung Halaman
Buat di Homestay family kat Kampung. Berkumpul ramai - ramai di sana.

Cerita Raya 2024 - Beraya di Kampung Halaman

BBQ Menu - Hotdog, Ayam, Kambing dan Ikan.
Mash Potato pun ada.

Semua makanan ni, gotong - royong dan bagi bagi tugas.

Banyak.
And laku semuanya, Alhamdulillah.

Personally, aku memang suka balik kampung belah abah. Kiteorang cousin rapat. So malam tu, memang spent time bebual, baik dengan akak sedara, adik sedara, dan yang sebaya. Oh dengan mak sedara pun ada bebual juga 🤣. Gitulah.

Cuma tahun ni, tak semua balik since ada giliran raya belah husband and wife diorang. Kami kumpul mana ada. 

Biasa memang time raya gini, atau kalau ada kenduri, ramai sedara akan balik dan berkumpul. Best. Sebab dari kecil memang gitu la suasananya. Pula tu, family abah besar. 

Cerita Raya 2024 - Beraya di Kampung Halaman
Ni pula sarapan untuk raya kedua.
Lauk raya masih ada.

Mak sedara masak mee goreng dan nasi goreng.
Karipap, beli dengan Kak Ayu.

Karipap Kak Ayu is the best.

Cerita Raya 2024 - Beraya di Kampung Halaman
Tengah hari, beraya dekat rumah kawan abah area Pontian gak.

Cerita Raya 2024 - Beraya di Kampung Halaman
Ni juadah tengah hari kat Kampung Abah.
Balik beraya, solat, lepas tu pergi rumah atok makan 😅.

Menu - Mee Jawa. Mak Itam masak.

Lepas Asar, kiteorang balik Johor (JB). Raya ketiga  balik Pontian semula. Gitulah sebab Pontian je pun. Kalau takde aral, if tak tidur kampung memang akan bolak - balik 😅. But its ok, sekarang kan dah ada jambatan baru dari Gelang Patah ke Pontian. Total dekat 50minit perjalanan kalau balik kampung.


Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Untung sangat kalau kampung dekat dekat ni kan. Senang boleh raya dua dua tempat sekali. Paling meriah bila ada acara BBQ tu kan.
    Selamat Hari Raya, Maaf zahir & batin.

    ReplyDelete
  2. Wow..Meriah aktiviti.. Alhamdulillah..Selamat semuanya..Selamat Hari Raya Aidilfitri Huda! Maaf Zahir Batin!!!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !