Assalamualaikum. Since Didi ada di JB, so kami bertiga set time untuk berjumpa. Maklumlah, Didi dah stay dekat Pahang. Walaupun dekat, aku dengan Ain jarang jumpa since masing - masing ada commitment.
Cerita 24 May 2024 - Kebetulan pula, masa tu dua - dua dapat invitation. Jadi kami set time, pergi sama - sama.
Jumpa di sana.
Dan jumpa anak - anak kembar Didi juga, time ni.
Untuk more story semasa kami di Legoland, boleh click entry ni - Click sini.
3 June 2024
Lepas tu, kita set time lain jumpa lagi. Tapi kali ni ada Ain sekali.
Kita bertiga set, untuk sarapan bersama.
Jarang - jarang dapat kumpul bertiga, geng Farah hehe.
Seawal 7.30am ye Huda dah keluar rumah.
Maklumlah, makan di Pondok Santapan Larkin ni kena awal. Lambat, penuh.
Pula tu, di sini banyak sangat makanan yang memikat selera setiap para pengunjung.
Name it nak apa? Mee Goreng? Nasi Lemak? Roti Arab? Nasi Ambeng? Pelbagai kuih muih, ha semua ada jual di sini.
Iyelah, Pondok Santapan Larkin ni, merupakan salah satu Kedai Makan yang popular di JB.
Then kami singgah pula di Cafe Jom Cha.
Kemahen, lepas sarapan makan ice - cream.
Bukan apa, kiteorang ni lama tak lepak bertiga. So banyak benda nak dibualkan. Jadi pilih tempat yang sesuai, untuk sambung lepak hihi. Sesekali ✌️.
Oh ye, kiteorang pergi Jom Cha Cafe, Stulang Laut.
Maklum saja, dekat sini suasana dia tenang. Menghadap laut. Memang selesa, kalau petang nak ajak budak - budak lepak sini makan ice cream pun boleh. Selamat. Siap boleh OOTD, kerana laman mereka dihiasi dengan lanskap yang cantik.
Belah dalam pun selesa, kalau kata nak ajak family, or lepak dengan kawan sambil bebual sangatlah sesuai.
Ice cream dia sedap. Ada normal, dan yogurt.
Minuman dan makanan ringan pun ada juga disediakan di sini.
9 June 2024
Hari lainnya,
Aku dengan Ain ada program. Program apa tu, tak boleh ler story sini.
So after program tersebut, aku ajak Ain makan ice cream & nak beli kicap. Since kicap kat rumah, dah habis.
Masa tu, melilau fikir nak g mana ek.
Teringat Didi, terus call.
Ajak jumpa lagi, kejap.
So lepak la dekat Kedai Ice Cream Mokti.
Jumpa Didi dekat sana
Oklah rasa dia.
Jumpa bertiga lagi
Finally Ice Cream dapat, Kicap pun ada. Since sebelah Mokti, ada kedai runcit.
Ok guys, nanti ada masa jumpa lagi.
3Farah ni macam belangkas
ReplyDeleteHehehehe
Delete