Nayla dah buka cerita siapa dirinya sebenar pada Nuh - Drama Nuh & Nayla TV3

Farah
1

Nayla dah buka cerita siapa dirinya sebenar pada Nuh - Drama Nuh & Nayla TV3 | Assalamualaikum. Finally Nayla dah jujur pada Nuh siapa diri dia yang sebenar. Tapi Tok Daddy, keluarga kandung dia boleh terima ke Nayla ni, bila tahu siapa diri dia sebenarnya? Ok itu yang menjadi persoalan pada episode 12 dan seterusnya. 


Nuh & Nayla TV3
Slot Akasia TV3
Ditayangkan pada setiap hari Isnin - Jumaat (jam 7pm - 8pm)
Boleh juga tonton di TONTON (website atau App), kalau subscribe dapat tengok secara premier).

Watak Utama : Jazmy Juma (Nuh), Scha Elinnea (Nayla)

Drama Nuh dan Nayla start ditayangkan pada 1 Julai 2024, dan masih bersiaran dikaca TV.

Sinopsis Nuh & Nayla TV3

Nuh terperangkap dengan sebuah ikatan perkahwinan, akibat mahu menutup aib rakan karibnya sendiri, Jiha. Mereka berkenalan rapat atas urusan kerja, Nuh selesa berkawan dengan Jiha tapi tidak mencintainya. Atas perlakuan Jiha, Nuh terpaksa bernikah dan membawa Jiha jauh ke Khazastan. Sikap Nuh mula berubah terhadap Jia, bila tiba di sana. Lebih lagi bila tahu Jia mengandung, 2 bulan selepas pernikahan mereka genap sebulan. Conflict baru berlaku, antara Jia dan Nuh. Akibat dari perkara tersebut, Nuh telah menceraikan Jia dengan talak 1.


Jia yang berkawan rapat dengan Nayla, telah menghubungi Nayla untuk ke Khazastan bagi menemani dirinya. Nayla menganggap Jia, sebagai kakak, dan sanggup buat apa sahaja demi Jia. Kerana satu keadaan yang mendesak, satu hari Jia telah memaksa Nuh dan Nayla untuk bernikah demi dirinya dan anak yang senang di kandungannya. Walaupun terpaksa, demi Jia - Nayla turuti permintaan kakak angkatnya.


Jia telah meninggalkan Nuh dan Nayla buat selamanya. Mereka turuti permintaan Jia untuk menjaga anaknya, Addin. Selepas pemergian Addin, Nayla minta untuk Nuh tinggalkan dia. Walaupun terpaksa, Nuh biarkan Nayla pergi dengan tidak menceraikannya. 


Dua tahun kemudian mereka berjumpa. Pelbagai cerita pahit dan manis, kembali tercipta. Nuh cuba memikat hati Nayla kembali, tetapi Nayla tetap berkeras hati untuk tidak mencintai Nuh. Hari berganti hari, ada satu keadaan yang membuatkan Nayla terpaksa menceritakan siapa sebenar dirinya, pada Nuh. Tapi boleh ke Tok Daddy, dan family kandung Nayla terima Nayla bila dah tahu kisah sebenar?


Sama - sama kita nantikan episode selanjutnya.


Nota : untuk tengok secara premier boleh layari di Tonton (laman web). Sebulan RM9.90, 3 bukan RM29 (tak silap). 


Credit picture - Tonton.


Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kita pun tgk tauu drama ni sbb nama nayla tuuu.. hahah nama anak kita 🤣

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !