Assalamualaikum
Balik kerja hari tu, terus jumpa Sislin dekat Renaissance Johor Bahru Hotel.
Bak kata Sis, ada Promosi Bulan July 2024 - Chef Extravaganza. Alang - alang free, itu yang huda onz.
Promosi Bulan July 2024 - Chef Extravaganza | Bercerita tentang promosi tersebut, perkara paling menarik dekat Renaissance ni, mereka akan hidangkan 400jenis masakan pada malam dinner tersebut. Hidangan istimewa tentunya dari Chef - Chef yang berkaliber.
Jelingan aku tajam pada sambal kerang ni.
Sedap.
Lepas tu, scallop ni pun sedap.
Nasi ni sedap.
Dia rasa rempah - rempah sikit.
Bagi peminat Sup Merah Gearbox, this is for you.
Sangat menggoda bukan?
Spaghetti pun ada awak-nya.
Chef masak tak pedas. Sesuai untuk budak - budak yang suka makan aneka mee, termasuk spaghetti.
Iyelah, budak nak makan nasi pun tengok mood. Tapi bila tang aneka mee ni, seperti menarik perhatian dia. Contoh macam anak sedara saya, yang suka makan pasta.
Eh kenapa macam banyak pula
nasi kita tu? Hihi. Maybe sebab “terperdaya” dengan aroma nasi tu. Tu yang tak sedar, tiba - tiba nampak banyak kat pinggan. Lol 😂.
But nak inform nasi dia sedap.
Oh ada babat masak lemak, Kerang sambal, dan telur dadar (yang gebu - gebas). Tu ler Huda pun terpedaya nak ambil telur dadar tu.
Susah la Huda ni, cepat sangat “tergoda” dengan makanan.
Bagi peminat Babat masak lemak. Jangan lepaskan peluang anda juga.
Setiap promosi, lain hidangan dia tau.
Dan setiap kali promosi, memang ada hampir 400 jenis menu (yang akan di rotate), untuk para pengunjung.
Nah, 400 menu tu! Banyakkan?
Iyelah, lupa nak story lagi.
Untuk Promosi Bulan July 2024 - Chef Extravaganza ni, dia ada beberapa menu special.
Menu special ni you guys kena lock Jumaat - Sabtu (sepanjang bulan July sahaja).
So kat bawah ni antara menu special (highlight one) :-
Churros by Chef Shahrul
Nasi Maklouba bersama Roasted Lamb by Chef Rizal
Roasted Lamb.
Laksa Rice Roll by Chef Faris
Bakar - bakar Aroma by Chef Shafiq.
Japanese Tepayakki by Chef Amir
Udang Galah Goreng Berempah by Chef Zairin
Udang Galah Goreng berempah tu, kena makan panas - panas lagi terasa nikmatnya tau. Lepas tu, dia dah macam “goreng pisang panas”, laku keras. Setiap kali hidang, habis. Setiap kali habis, huda datang.
Sate pun ada.
Cakes, dessert, ice cream, fruit, and beverage ada juga.
Pelbagai jenis cakes
Pelbagai jenis kuih - muih Citarasa Malaysia
Tidak dilupakan, ada Pulut Mangga juga
Dan, Bubur Cha Cha
Pelbagai jenis buah - buahan pilihan
Nak buat ABC, dan kopi pun ada.
Kopi dulu, baru kamu…✌🏻😌.
Harga Promo - July 2024
Sunday to Thursday
6:30pm to 10:00pm
RM118 nett per adult ; RM59 nett per children (6 to 12 years old)
Friday & Saturday
6:30pm to 10:00pm
RM188 nett per adult ; RM94 nett per children (6 to 12 years old)
#35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
For more info dan booking, boleh contact mereka di talian berikut:-
htpps://wa.me/60177713327
htpps://www.cafebld.com/specials
Alamat :-
Renaissance Johor Bahru Hotel
No.2 Jalan Permas 11,
Bandar Baru Permas Jaya,
81750 Masai, Johor, Malaysia
Semuanya menyelerakan
ReplyDeleteTerbayang-bayang udang galah tu weii, sedapnyaaaa
ReplyDelete