Resepi - Udang Goreng Kunyit Pedas

Farah
1

Udang Goreng Kunyit Pedas | Assalamualaikum. So here nak share satu resepi yang sangat simple, dan mudah untuk dimasak. Jadi kalau you guys plan nak masak udang, dan tak tahu nak masak apa, so ni cadangannya - Udang Goreng kunyit pedas yang sangat mudah. Masak satu lauk je dah cukup, sebab sayur semua dah ada.Nampak tak, Huda malas nak masak sayur, since semalam dua orang je dengan adik hihi ✌️🙈.


Resepi - Udang Goreng Kunyit Pedas
So here, Udang Goreng Kunyit Pedas. 

Resepi Udang Goreng Kunyi Pedas versi express.

Bahan - bahan

Udang (sebagai watak utama).

Bawang merah 1 labu (*potong nipis dan kisar halus)

Bawang putih 3 ulas (*potong nipis dan kisar halus)

Cili Padi 3 tangkai (or ikut level kepedasan masing - masing) (*potong nipis dan kisar halus)

Serbuk Kunyit (watak kedua),

Garam dan Ajinamoto (sebagai penyedap rasa masakan).

Brokoli (potong brokoli) (yang ni tak kisah nak masuk sayur apa).


* but kalau Udang tu, boleh ditukar dengan watak sampingan lain seperti ayam, daging, paru, or sotong. 

* Bawang Merah, bawang putih, dan cili padi tu - kena potong dan kisar halus tau. Huda kisar, guna Chopper je. Terima kasih kepada chopper yang banyak membantu saya, sebab saya malas dah nak tumbuk pakai lesung batu hehe. 

* Brokoli tu, korang boleh je tukar dengan sayur lain. Contoh - bunga kobis, carrot, kacang panjang, atau apa je sayur yang korang suka.


Cara Memasak Udanng Goreng Kunyit Pedas.

1. Siang dan cuci udang hingga bersih. Selepas itu, salutkan/gaulkan Udang dengan serbuk kunyit. 

2. Panaskan minyak. 

3. Gorengkan udang tu. Bila dah garing, ketepikan.

4. Tuangkan sikit minyak yang goreng udang tadi dekat tempat simpan minyak, dan tinggalkan sikit minyak dalam kuali untuk menumis. 

5. Tumiskan pula bahan - bahan yang telah dikisar tadi (bawang merah, bawang putih, dan cili padi). Bila bahan tumisan dah garing, masukkan sedikit air, kemudian

6. Masukkan pula sayur brokoli yang dah dipotong,

7. Bila brokoli dah empuk, masukkan udang yang digoreng tadi. Gaul - gaul.

8. Last sekali, masukkan pula garam dan ajinamoto secukup rasa. Gaul - gaul. Bagi mendidih kejap. Lepas tu tutup api.

9. Siap, hidangkan.

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !