Cara uruskan kenderaan bila berlaku kemalangan kecil| Assalamualaikum. Bila berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini, masa tu hati sedikit cuak, kecewa. Tapi itulah ini ujian. Alhamdulillah tak ada apa - apa berlaku.
Kejadian berlaku pada 18 Jun 2024.
Kerosakan Fender LH.
Mujur head lamp kita ok, dan kereta masih boleh bergerak, Alhamdulillah.
Kereta Huda di langgar oleh sebuah kereta, yang nak cross masuk lane sebelah kanan. Dengan tak bagi signal apa, main bedal je masuk lane orang tau.
Masa tu tengah drive slow - slow sebab jammed , tiba - tiba kereta Huda kena langgar.
Pehhh, terkezutttt kita awak.
Masa kejadian, Huda terus keluar kereta, tengok kereta Aunty depan dah bercalar. Aku cuak juga time tu sebenarnya, dah la sorang - sorang. Mujur pelanggaran tu tak teruk, tapi both kereta calar - balar juga lah.
Of course masa tu ada DRAMA sebabak. Aku malas nak cerita panjang, terus ambil gambar kejadian tu kejap, sebelum kami berdua decide untuk ke tepi sikit, supaya keadaan jalan raya tak bertambah jammed.
Pengalaman kenderaan bila kena langgar - pelanggaran yang kecil.
Cara uruskan kenderaan bila kemalangan kecil
1. Bertenang. Keluar kereta, tengok apa berlaku. Sebelum keluar kereta, bagi double signal.
2. Bawa phone, dan ambil gambar kejadian. Discuss kejap, bawa kereta ke tepi untuk more discussion.
3. Tak payah discuss lama - lama, buang masa. Terus report polis (polis traffic) di kawasan berhampiran.
NOTA : Sebelum gerak ke balai polis traffic, Huda ambil number Aunty tu, kot la apa apa.
4. Bawa sekali gambar kejadian tadi, dan video dashcam sebagai bukti.
Nota : TOLONG PASANG DASHCAM, kerana dashcam itu PENYELAMAT anda.
Masa kejadian, Huda terus call Abah. Mujur, kawasan tu dekat dengan rumah.
5. Huda buat report, bagi gambar kejadian dan video dashcam (semasa kejadian) pada polis. Tak lupa juga, pass no orang tu pada polis. So polis call Aunty tu, untuk buat report.
6. Masa tu polis ambil statement Huda, tengok gambar dan video kejadian. So polis tau dah, siapa salah.
7. Since kereta Huda yang di langgar, so Huda just buat report sahaja. Then balik.
Nota : Kena tunggu 14 hari untuk beli statement report dari polis bagi TUJUAN CLAIM INSURANCE. Huda beli statement polis dalam RM8 tak silap.
Dekat statement polis tu - ada report kejadian. So polis nyatakan siapa salah. Ada lakaran tempat kejadian, dan ada report polis orang yang langgar kereta Huda hari tu.
8. Selepas 14 hari, bawa kereta ke bengkel (panel Insurance Produa), since kereta saya berjenama produa.
Masa di bengkel tu, owner bengkel tu ambil gambar dan minta document huda.
Nota : Ni document yang perlu disediakan bagi tujuan claim insurance.
- Salinan Logbook kenderaan/Geran Kereta.
- Salinan Roadtax
- Salinan Insurance policy.
- Salinan IC (Nota : Tolong cross salinan IC korang tu).
- Statement polis yang korang beli tadi.
Masa ni, Huda claim insurance kereta Aunty tu. Meaning Aunty tu bear the cost dengan insurance Aunty tu, but masa claim just bawa je Insurance Policy kenderaan kita sebagai rujukan pihak Insurance.
Dekat 3 minggu macam tu, baru kereta Huda dipanggil masuk bengkel.
Nota : Since kerosakan sikit, so kereta Alhamdulillah masih boleh berjalan dan digunakan lagi. Jadi jalan dulu, sementara tunggu insurance clear. Bila dah clear tu yang baru masuk untuk repair.
9. Hampir 5 hari jugalah, kereta saya berada di Bengkel Panel Insurance (Produa), bagi tujuan ganti Fender LH yang baru.
10. Selepas 5 hari, kereta dah siap dan ready untuk di collect.
Procedure kalau kita ‘terlanggar kereta’ orang.
Procedure jika kita terlanggar kereta orang sama sahaja. Cuma terbalik. Kita yang kena bear the cost orang yang kita langgar tu, dengan insurance kereta kita. Dan kita akan disaman RM300, atas kesalahan jalan raya - langgar kereta orang.
Berhati - hati jika memandu.
Take care semua.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.