Throwback bermalam di Homestay dan naik grab pergi KLCC

Farah
1

Throwback bermalam di Homestay dan naik grab pergi KLCC | Assalamualaikum. Hari tu, aku pergi KL kejap ikut mak abah. Sanggup cuti 2 hari. Pertama sebab nak ikut hantar adik - adik, lepas tu abah plan nak service absorber kereta dia dekat salah satu bengkel di Kuala Lumpur. Long story short, lepas hantar adik, kami bergerak untuk ke sebuah Homestay yang tak jauh dengan bengkel tersebut.


Dalam entry ni story tentang - (1) Cerita ketika berada di Homestay area KL, (2) Naik Grab ke KLCC, (3) Makan dan jalan - jalan di KLCC.


Sehari sebelum balik, dan singgah KLCC kejap


Sejujurnya, huda suka dengan warna cat rumah ni, merah. La, kenapa suka tengok something warna merah pula aku tahun ni 😅. Dekorasi rumah Homestay ni, tampak simple tapi cukup selesa. Cumanya, since rumah ni Pangsapuri dan aku tak biasa stay rumah begini, parking dia nak cari memula tu pun pening 😅. Walaupun tuan rumah buat guideline video (no voice, no script arahan). Kena ulang tengok video tu, sampai faham dan dapat parking. Siap kira beb level berapa nak parking (semasa refer kepada video yang owner tu bagi) haha, adoi. 


Masa tengok video tu, rasa macam nak bagi suggestion untuk tuan rumah tu, tambah script arahan dalam video tersebut 😬. Rasa je, buat tak 😅, since dia communicate dengan abah.


Tapi, aku still puji dekorasi rumah dia yang simple, dan dihiasi dengan warna merah. Rumah dia selesa. 



Throwback bermalam di Homestay dan naik grab pergi KLCC
Ruang tamu dia tak besar mana, tapi boleh je lepak 3 beranak. Ramai pun ok I think. Bilik dia ada 3. 2 bilik boleh muat katil Queen, satu katil single (siap ada extra bed). Even bilik pun dihiasi dengan cat warna merah. Setiap bilik, dilengkapi dengan aircond.

Line handphone macam tak kuat sangat. 
Mujur Homestay ni ada wifi. 
So tu boleh tengok Netflix, Youtube.

Macam kami, tengok Netflix. Tapi account sendiri ler. Selesai tengok, sign out balik.

Ada iron. Tu yang penting haha.


Throwback bermalam di Homestay dan naik grab pergi KLCC
Dapur dia takdelah kecik sangat, tapi dapur ni nampak luas. Rekaan Cabinet dia lawa, lepas tu warna merah, mantul kot warna dia. 

Meja makan tak ada, just ada top Island je.
Oklah,

But I tak amik gambar full pula ek 😅✌️.

Banyak pula cerita describe pasal rumah ni ek 😅😬. Minat dengan dekorasi yang simple gini. Tersuka sebab semua warna merah kot. Tapi warna favourite I, bukan merah, lol 😅.

Throwback bermalam di Homestay dan naik grab pergi KLCC
Dinner, kami beli dari grab.
Cafe dia macam popular juga sekitar situ.

But sorry I tak share, sebab makanan dia for me biasa 😬, but boleh makan. Air dia serious sedap!

Huda beli Jus Oranges with Lychee. Sedap sangat 🥰, tu la upload dekat blog ✌️.

Throwback bermalam di Homestay dan naik grab pergi KLCC
Sehari sebelum check out. Kejadian 20minit before balik, take a picture jap la.
Ala tapi berlatar belakang toilet pula belakang tu ek 😅.

Check out dari Homestay gitu.

Pertama kali naik grab dekat area KL 😬

Lepas check out dari Homestay, terus hantar kereta ke bengkel. Jarak Homestay dengan bengkel tersebut, +/-12 minit.

Lepas siap hantar kereta di bengkel tersebut, kami sekeluarga pun pergi KLCC dengan menaiki grab.

Sebenarnya ni first time aku naik grab 😅🙈. 
Naik dengan mak abah pula tu.

Throwback bermalam di Homestay dan naik grab pergi KLCC
Baru tahu, rupanya grab ni kita boleh choose nak naik kereta apa. 

Ni pengalaman sendiri naik grab ✌️.
 Perjalanan dari bengkel tersebut ke KLCC, lebih kurang 35min - 40min macam tu (jarak sama pergi balik).

Jadi harga grab pun sama pergi balik. Dan ni harga yang aku dapat dengan jarak 35min - 40min, nak pergi balik dari Bengkel ke KLCC (vice versa). Kalau aku naik Honda and Vios, so harga dalam RM42++. Kalau naik kereta biasa RM35++. Kalau Alphard, harga dia lagi mahal. 

Jadi pergi KLCC tu, saja naik Honda. Balik naik Myvi baru. Yang myvi baru ni dalam range harga kereta biasa. 


Setiba di KLCC
Pergi KLCC niat nak jalan - jalan, cuci mata je. Tapi mak abah, adalah beli barang juga.

So tiba KLCC, terus ajak mak abah pergi Food Court, untuk makan. Lapar, belum sarapan.


Throwback bermalam di Homestay dan naik grab pergi KLCC

Throwback bermalam di Homestay dan naik grab pergi KLCC
Mak nak try Char Que ni.
Sedap juga ek cicah kaya.
Kita orang JB, selalu cicah dengan sos dia. Sedap.
But cicah kaya pun ok je rasa dia.


Aku makan nasi campur berlauk ayam goreng dengan sayur.


Throwback bermalam di Homestay dan naik grab pergi KLCC
Kemahen la cari jus kat mamak takde, so beli jela jus dekat Boost ni haha.


Dah puas jalan - jalan, kiteorang pun balik ke bengkel semula. Tak lama tunggu, kereta abah siap. And balik JB terus.

Throwback bermalam di Homestay dan naik grab pergi KLCC
Ni kat Hentian Sebelah,
So berhenti solat, dan makan je dekat sini. Food truck tu ada jual macam - macam makanan ringan. Siap ada burger. Aku beli oblong, nugget, jagung. Share la dengan mak abah. Kenyang juga ek. 

Lepas siap semua, kami teruskan perjalanan balik ke JB.


Sekian cerita throwback ✌️😬.







Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Biasa homestay warna gelap macam tu yang menarik. Lagipun tak mudah kotor dinding dorg nak maintain.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !