Cuba Kenangan Latte di The Commune, Kulai

Farah
0

Assalamualaikum. Hai korang? Dah pernah cuba Kenangan Coffee? Kawan Huda cakap, kopi - kopi dekat sini, sedap. Betul ke? Itu yang alang - alang singgah The Commune, Kulai, Huda pun plan  singgah tapau (take away) Kenangan Coffee. Dalam entry ni, huda share my first experience trying Kenangan Latte, dan cerita sikit tentang Mall Baru yang terletak di Kulai. 


Kenangan Coffee The Commune, Kulai

Sebelum tu, lupa nak inform yang The Commune, Kulai ni merupakan one of shopping mall baru area Kulai. If you guys berkesempatan pergi, boleh singgah singgah sini tau. Perjalanan dari Bandar JB ke sini, around 30minit macam tu. Huda pergi sini sebab kawan baik I ajak hehe.


Apa yang boleh Huda describe tentang The Commune, Kulai ni dia besar, luas, dan ada 3 tingkat (Level LG, Level G, dan Level 1).  Pada Huda, suasana dekat sini seakan suasana dekat Tesco Tebrau, sebab setiap level ada few booth vendor yang dekat luar. Disini, masih ada daya tarikan yang tersendiri.


Dekat Tingkat LG ni, ada juga few kedai - kedai vendor. Ramai juga crowd kat level LG ni tadi. Dekat hujung Level LG ni, ada satu tempat ‘Parenting Education’, dan DIY juga. Nak describe banyak, tapi tadi tak fully discover, just lalu gitu je pergi each level.

Richeese Factory (Cafe) JB

Level G pula, situ ada Richeese Factory (Cafe), Watson, Supermarket, SDS (ni bahagian dalam Level G). Bahagian Luar Level G, ada Chagee (boleh drive thru), dan ada Kenangan Coffee.

NOTE : Untuk Richeese Factory (Cafe) ni, nanti Huda buat entry lain tau.

Dekat tingkat atas sekali (Level 1), ada tempat mainan budak - budak, ada orang busking, ada booth - booth vendor juga. Secara keseluruhan, itulah secara ringkas gambaran di The Commune, Kulai ni.


Kenangan Coffee The Commune, Kulai

Back to Kenangan Coffee. Suasana dia like a normal Coffee House. Masuk sahaja bau kopi,mengancam betul. Walaupun Huda bukan peminat kopi, tapi pun cepat ‘terpedaya’ bila bau kopi tu hehe.

Since Huda baru first time, nak try Kenangan Coffee ni. Huda decide untuk try dia punya signature. 

Ada 5 signature kenangan Coffee tak silap tadi - antaranya Kenangan Latte, Creamy Latte, Salted Caramel Macchiato, Mocha, dan Avocado Coffee. 


Kenangan Latte - Kenangan Coffee The Commune, Kulai
Setelah dua tiga kali berfikir, huda decide untuk cuba Kenangan Latte je. 
Kenangan Latte ni beza dengan Creamy Latte. Kenangan Latte, dia ada Gula Apong. 
Sedap rasa dia.  Kena dengan taste I (yang bukan coffee lover).

Kenangan Coffee The Commune, Kulai

Taste Kenangan Coffee ni,not bad. Nanti Huda nak try lagi.

Korang dah cuba Kenangan Coffee? Apa lagi yang best ye? Maybe nanti next time huda boleh cuba hihi.

Outlet Kenangan Coffee Area JB:-

Outlet Kenangan Coffee The Commune, Kulai

Outlet Kenangan Coffee Desa Tebrau dan Midvalley Johor

Outlet Kenangan Coffee Taman Universiti dan Midvalley Johor

Outlet Kenangan Coffee Pos Office Johor



Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !