Masak Sardin dan Sayur Bendi Goreng

Farah
0

Masak Sardin dan Sayur Bendi Goreng | Assalamualaikum. Ok hari ni masak tengah hari tadi, simple je. Semalam pun beli je Ayam Gepuk tu. Kebetulan Abah beli sardin dengan sayur bendi, so kita masak itu sahaja hehe. 


Resepi Sardin dan Sayur Masak Bendi mudah

Sardin, Sayur Bendi dan telur goreng.
Ok ngam lah kot, walaupun simple.

Resepi mudah je.

Ni nama dia, campak - campak siap.

Bahan lebih kurang sama semuanya.

Bahan utama sardin
1 tin sardin
Bawang besar (1/2 labu) *
Bawang putih (3 ulas)*
Halia (1inch)*
Lada Merah, cili padi*
Garam dan Ajinamoto secukup rasa 
Asam Keping (1)

Bahan - Bahan (*) - blend, atau hiris nipis pun boleh. Tengok mana korang ok. Tapi tadi, huda blend je. 

Cara masak sardin
Bahan - bahan (*), tumis. Bila bahan tumisan dah masak, 

Then dah siap tumis, masukkan sardin dan sedikit air. Masukkan sekali Asam Keping, Garam dan Ajinamoto secukup rata. Gaul rata, biarkan kuah mendidih dan pekat sikit.

Dah siap semua. Hidangkan.

Masak sayur pun simple sangat. Bahan basic tumisan tu lebih kurang. 

Bahan - bahan untuk masak sayur
Sayur bendi
Bawang besar (1/2 labu)*,
Bawang putih (4 ulas)*,
Ikan bilis sikit*
Lada Besar dan Cili Padi*
Garam dan ajinamoto secukup rasa
Asam keping

Semua bahan - bahan (*) ni, blend jer.

Cara masak sayur bendi goreng mudah
Tumis semua bahan - bahan (*) yang siap di blend tadi,

Bila dah masak, masukkan sedikit air,
Biarkan ianya mendidih rata,

Masukkan sayur bendi, dan gaul rata.

Masukkan pula asam keping, garam dan ajinamoto secukup rasa,
Gaul rata, biarkan ianya mendidih rata sekali lagi.

Kalau dah siap, tutup api dan hidangkan. 

Tips : Mak Huda pesan, kalau masak sayur yang texture berlendir (macam sayur bendi), tips dia kena masukkan asam keping or air asam sikit, supaya tak sayur tu tak berlendir sangat. 

Oh ye both resepi ni, kalau nak pedas sikit tambah cili padi ikut tahap kepedasan korang ✌️. Pastu confirm nasi bertambah. 

Mudahkan? Hehe

Selamat mencuba. 

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !