Tak pernah rancang untuk ada career break dan berhenti tanpa backup kerja lain

Farah
0
Tak pernah rancang untuk ada career break dan berhenti tanpa backup kerja lain | Tak ada backup kerja ni, susah dek. Unless kita dah ada beberapa bulan backup saving, itu senang. Tapi Huda faham juga, nak cari kerja lain pun, tak mudah. Tapi it’s life. Setiap orang pernah di duga seperti ini. Sakit. Overwhelming rasa. Tapi itulah kenyataan pahit, yang perlu Huda hadapi ketika itu. 

Huda ajar diri Huda, untuk naturalkan semula perasaan pahit tu. Caranya, slowly accept takdir dan phase yang Allah tengah uji. Tak sangka, Allah bagi Huda ‘berehat’ sekejap, or we call career break (perkara yang paling Huda tak nak sebelum ni). Alhamdulillah, dalam fasa career break (tanpa dirancang itu), Allah ‘hantar’ orang - orang yang bagi Huda semangat secara langsung dan tak langsung. Kata - kata positive dari family, dan kawan baik. Family Huda, banyak sangat tolong Huda. Abang siap tolong edit resume, both Abah dengan Abang jadi orang yang buat mock interview dengan Huda. Mak, adik - adik turut bagi semangat masa tu. Weh macam - macam lagi. Rezeki juga bila tiba - tiba kawan baik ajak hangout, siap belanja kita dalam fasa career break tu.

 
Tak pernah rancang untuk ada career break dan berhenti tanpa backup kerja lain

Dalam phase cari kerja lain, Huda cuba tenang di rumah. Tenangkan diri, dengan tengok movie atau drama. Sampai tak tahu, dah berapa drama Huda marathon masa tu. Dengan leka tengok media social satu hal. Bosan sebab tak ada routine. Kalau kerja ada je routine kan. So tahu, nak buat apa hari ni, esok dan seterusnya. Walaubagaimanapun, Huda tak lupa, untuk usaha juga cari kerja lain, prepare diri dan siapkan barang keperluan untuk pergi Umrah nanti. Macam - macam kerja Huda cuba dan apply, dari kerja full time, ke kerja part time, ada juga cari course online (cari yg free punya), dan ada juga survey nak buat business online, eh macam - macam. Tapi lastly, huda keep cari kerja sampai dapat.

Banyak interview yang Huda pergi dalam masa 3 bulan ni (Aug - Oct 2024), termasuk open interview (dekat career fair). Huda tahu ni ujian dari Allah, slowly Huda accept walaupun masa tu, tak sampai dua bulan Huda nak pergi Umrah. 

Huda pergi Umrah bulan 10 - 23/10/2024. Huda tender resign letter (prev company) pada bulan 8/2024, officially resigned tanpa backup bulan 9/2024. Resign bukan sebab Umrah, tapi sebab lain. Masa tu memang Huda serah je semuanya dekat Allah. Bila masuk bulan 10 masa tu, Huda dah stress sebab tinggal lagi beberapa hari je Huda nak pergi Umrah. Macam - macam dah Huda fikir, sampai down kejap sebab masih tak dapat secure job sebelum Umrah. Stress juga, sampai nak give up pun ada. Alhamdulillah rezeki, 2 minggu sebelum pergi Umrah, Huda dapat panggilan interview dan terus dipanggil kerja. Seminggu sebelum Huda bertolak ke Tanah Suci, Huda start kerja. Doakan Huda dapat perform dekat kerja baru ni, InshaAllah. Berdebar juga sebenarnya.

Tak pernah rancang untuk ada career break dan berhenti tanpa backup kerja lain
Beberapa hari sebelum pergi Umrah, Huda dengan adik Sekali lagi pergi kursus Umrah under Tabung Haji. Pergi time weekend, Sabtu. Next story huda cerita pasal Umrah, InshaAllah.

Boleh ke Huda nak story lagi ni? Pada Huda, diorang ni pun bagi motivasi secara tak langsung dekat Huda. Dalam masa Huda tengah career break tu, kebetulan Huda jumpa mereka. Menarik cerita mereka. Macam Huda kata, setiap orang ada cerita sendiri. Huda ada 2 orang kawan, yang sebelum ni jadi suri rumah. Seorang kawan baik dari zaman sekolah, dan seorang kawan sekelas dari zaman collage. Kedua mereka ni, bertahun jadi suri rumah. Mereka sebaya dengan Huda. Huda bangga dengan diorang, sebab dalam fasa mereka jadi suri rumah, mereka juga ada je buat side income. Seorang macam - macam dia buat, dari pernah meniaga tudung, meniaga perfume, meniaga makan. Yang seorang pula, ada buat salon kat rumah. Come on guys, suri rumah sekarang pun ada side business. Ramai. Korang tengok jelah dekat media social. Proud of them. Rezeki Allah siapa yang boleh tolak, Allah bagi rezeki pada 2 orang kawan Huda ni untuk kerja semula. Huda sampai minta tips interview kat mereka masa Huda down tu. Diorang bagi huda tips ye. Tips diorang, tips family Huda, semua Huda try and error guna dalam fasa interview yang huda pergi. 

Tak pernah rancang untuk ada career break dan berhenti tanpa backup kerja lain

Pada Huda, pelbagai alasan peribadi untuk seseorang tu tender resignation letter. Fikirlah diri anda terlebih dahulu, dan kira commitment bulanan sebelum anda buat keputusan drastik. Sebab tu orang kata, kena ada secure job dulu baru berhenti. Tapi faham juga, yang macam Huda maybe tak dapat secure job ni, bukanlah senang nak buat keputusan. Lama juga. Sehari sebelum resign, huda nangis semahunya. Tapi itulah, takdir Allah tu cantik, doa yang lama Huda mohon finally jadi kenyataan. Tahun sebelum - sebelum pun, Huda dah cuba untuk cari kerja lain sebab nak cari pengalaman dan gaji lebih baik. Tapi masa tu rezeki belum sampai lagi kot, tapi siapa kita nak mempersoalkan rezeki orang kan? Pada Huda, jika kita ada alasan kukuh then just do it, tak perlu explain pun. Pengajaran untuk diri sendiri juga. Semoga diary ni jadi penguat semangat aku di masa akan datang. 

Kepada yang masih mencari kerja, Huda doakan korang dapat kerja yang korang impikan selama ni. InshaAllah rezeki tak ke mana, jangan putus asa dalam berusaha.

Nota tepi - Sometimes Huda rasa, susah phase ujian tersebut. Tapi bila terdengar story orang, kadang pula, rasa patut bersyukur dengan ujian yang Allah bagi. Sebab orang lain, ujian dia lagi hebat tapi mereka mampu harunginya. Walaupun kita tak tahu kisah disebalik semua perkara mereka hadapi. Apa yang mampu kita buat, hanya doa dari jauh. 




Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !