Assalamualaikum. Kebetulan semalam dinner di I-City Shah Alam Mall, jalan - jalan ternampak Noor Coffee, yang berhadapan dengan Watson. Cerita dia, dinner dulu, beli barang dan kemudian sebelum balik, barulah singgah beli Noor Coffee.
Noor Coffee ni, franchise under Noor Muslim App.
Huda memang guna app ni je, since dia baru diperkenalkan beberapa tahun lepas.
Beli 2, Spanish Latte. Satu mak punya.
Rasa dia ok, not bad. Kopi dia tak kuat sangat, tak manis sangat, just nice to try.
Noor Coffee, menawarkan beberapa jenis pilihan coffee - antaranya latte, Spanish latte, Gula Melaka Latte, Mocha, Caramel Machiato, dan pelbagai lagi.
Bukan itu sahaja, Noor Coffee juga menawarkan minuman non- coffee antaranya - beberapa jenis chocolate, milkshake, matcha, dan tea.
Selain coffee, dia ada jual dessert juga. Sini pun ada tempat untuk dine in.
Antara menu Noor Coffee yang you guys boleh try.
Harga dia affordable juga.
Kalau korang datang area Shah Alam, boleh singgah beli ok.
Dekat area Seremban, Petron Pendas, Cyberjaya pun ada. Boleh search Noor Coffee, untuk tahu more location di mana dia berada.
Basically Noor Coffee ni one of Muslim business.
Selamat mencuba guys.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.