Assalamualaikum dan hai semua. Cerita hujung tahun 2024, pada 29 Disember—kami sekeluarga berkesempatan singgah di PKNS Shah Alam sebelum pulang ke JB.
Pertama kali ke sini, memang teruja tengok pelbagai pilihan baju kurung, kurta, baju Melayu, malah kuih raya pun dah mula dijual. Pilihan baju memang cantik-cantik, dan yang best, harganya sangat berpatutan.
Di bawah ni beberapa gambar yang Huda sempat snap. Jom tengok.
Harga baju dekat sini, sekitar RM120–RM180 (2024). Berbaloi sebab materialnya sejuk, lembut, dan coraknya cantik.
Kalau tengok dekat-dekat lagi, memang lebih teruja! Kalau kain macam ni di Angsana atau butik sekitar JB, harganya boleh jadi dua kali ganda. ✌️
Kalau singgah PKNS Shah Alam, jangan lupa cuba cupcake dan cheese tart mereka. Dari jauh dah boleh hidu bau yang menggoda—lepas rasa, memang tak menyesal. Sedap dan kena dengan selera. Pasti repeat!
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.