Penggemar Seafood? Jom berbuka puasa di Restoran Bara Stulang JB | Assalamualaikum, bagi penggemar seafood ini ada satu Restoran yang best area JB yang huda nak share dengan korang. Cerita dia, since hari tu dengar kawan cerita yang makan di Bara Stulang ni sedap. Harga pun berbaloi. Hari tu, huda pun pergi dan order set C Sebab tergoda dengan menu Ketam Salted Egg yang sedap.

Set C
Hidangan untuk 4-6pax
Menu yang dalam set C
- Siakap 3 Rasa
- Udang masak lemak cili padi
- Sotong goreng tepung
- Kerang Goreng Sambal
- Ketam Salted Egg
- Tomyam Campur (Putih) size M
- Sayur Chap Chai size M
- Telur Dadar Bawang
- Nasi 4pax

Ini paling mantap and kuah dia sedap 😍.
Ketam fresh,
8/10

Sotong Goreng Kunyit, Udang Masak Lemak

Siput Sedut Sambal Yaaammm,
Kerang diganti dengan siput sedut, sebab time tu kerang out of stock.
Ni antara masakan terbaru di sini. Dan first time rasa. Sedap, tapi pedas. Tapi sedap. Macam mana tu? 8/10
Oh ye, Sambal Yaaammm ni adalah antara product terharu mereka dibulan Ramadan. Kalau Korang nak rasa, boleh order add on Siput Sedut ni, kalau tak ada dalam set menu korang.

Ikan siakap 3 rasa. Ni pun sedap 7/10
Tomyam putih pun ok not bad.
Overall 7-8/10.
Mak abah cakap, dekat sini sedap. Masakan berasa. Rasa masakan mereka, seakan masakan kat rumah.
Paling tak boleh move on Ketam Salted Egg dan Siput Sedut masak Sambal Yaaammm.
Free Flow Menu



Ni antara hidangan free flow menu. Ada ice cream, pelbagai kuih muih, bubur, dan beberapa jenis buah - buahan . Korang boleh ambil je.
Info harga dan set




Kat bawah ni pula ada set Tapau/Bungkus.
Nama set ni, Set Dinda dan Kanda hehe.


Set Dinda dan Kanda.
Ikan Bakar dan Tomyam Merah tu pun rasa dia not bad (masa hari tu, sempat rasa kawan punya hehe).


Restoran Bara ni betul menghadap laut.
Dan kat sini kena dtg awal, don’t worry surau ada di Restoran ni, atau boleh sembahyang dekat Masjid yang tak jauh dari Restoran ni.
Restoran Bara Stulang JB
Alamat - 57, Jalan Ibrahim Sultan, Taman Stulang Laut, 80300 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.