Sambut Raya dengan Gaya! Colour of Raya di Legoland bermula Mac 2025| Hye Korang, ada berita gembira ni -Raya kali ini, apa kata kita sambut dengan penuh warna dan keceriaan di Legoland Malaysia? Dengan tema istimewa “Colour of Raya”, Legoland menjanjikan pengalaman Aidilfitri yang unik dan menyeronokkan untuk seisi keluarga, termasuk persembahan menarik dari team LEGO.


Meet Olie the Dragon dengan pakaian baju tradisional.
Olie akan membuat persembahan bersama team Lego yang lain. Jangan lupa saksikan persembahan Olie the Dragon dan Team, bermula 15 Mac 2025 hingga 27 Apr 2025.
Terdapat juga persembahan biola yang akan memukau para pengunjung. Persembahan ekslusif tersebut, hanya akan berlangsung pada 31 Mac 2025 hingga 2 Apr 2025 sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang anda!
Oh ye, mesti korang tertanya apakah aktiviti lain yang bakal mewarnai Taman Tema Legoland, sempena dengan Tema Tahun 2025 - Colour of Raya ni kan? Pelbagai aktiviti antaranya Bina LEGO Lantern, Bina LEGO Wayang Kulit, Bina LEGO Wau Bulan atau Ketupat, dan ada beberapa lagi aktiviti menarik menanti anda!

Cara nak join aktiviti bersama anak - anak korang adalah seperti berikut:-
Sampai je pintu gerbang, belok ke kanan dan korang akan nampak ada akak seorang di kaunter utama LEGO. Ambil flyer “game”, anak korang kena bina keempat - empat Lego seperti di dalam flyer, dan bila siap semua boleh collect hadiah di kaunter utama tadi.
Tak perlu risau, setiap section akan ada staff yang assist anak korang untuk bina LEGO. Korang pun boleh assist.

Contoh binaan LEGO “Wayang Kulit”.


Contoh binaan LEGO Ketupat.
Bukan tu je tau, dekat area pentas utama tu, ada section untuk bergambar dengan camera 360.

Sini lah tempat bergambar 360 tu.
Untuk budak - budak, boleh juga bergambar dengan pakaian traditional yang disediakan oleh pihak Legoland.
Untuk collect gambar/video - RM30.
Bayar dekat kaunter gambar, sebelah kanan.
Antara aktiviti lain yang menarik di Legoland Malaysia!
🎉 Cabaran Chapteh
Uji kemahiran refleks anda dengan permainan tradisional ini! Tersedia setiap Sabtu & Ahad mulai 29 Mac.
Uji kemahiran refleks anda dengan permainan tradisional ini! Tersedia setiap Sabtu & Ahad mulai 29 Mac.
🎨 Lukisan Batik
Serlahkan kreativiti anda dalam bengkel batik dan cipta reka bentuk sendiri! Setiap Sabtu & Ahad mulai 29 Mac.
🎁 Cabutan Bertuah
Dapatkan peluang memenangi set LEGO bernilai RM13,000! Belanja minimum RM150 dalam satu resit sepanjang Minggu Raya (31 Mac - 6 April).
🤖 Minifigure Trading
Tukar koleksi LEGO Minifigure anda di booth khas!
Promosi Raya & Penjimatan Hebat!
✅ Diskaun 50% tiket 1-hari setiap Selasa & Rabu (untuk rakyat Malaysia & penduduk tetap).
✅ Percuma naik taraf bilik & tiket kanak-kanak bila menginap di LEGOLAND Hotel.
✅ Diskaun 20% untuk semua tiket harian (Theme Park, Double-Park, Triple-Park).
✅ Diskaun 20% untuk pembaharuan Annual Pass.
🎟️ Keistimewaan Pemegang Annual Pass:
✔ Diskaun 30% penginapan di LEGOLAND Hotel.
✔ Diskaun 50% tiket “Bawa Rakan” (hanya di kaunter tiket).
✔ Diskaun 50% tiket 1-hari khas untuk rakyat Johor (hanya di kaunter tiket).
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi LEGOLAND Malaysia atau ikuti di Facebook & Instagram!
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.