Tema Baju Raya Warna Pink - Beli dekat Gene Martino

Farah
2

Tema Baju Raya Warna Pink - Beli dekat Gene Martino | Assalamualaikum, hai. tahun ni memang lebih meriah dengan pelbagai aktiviti serta masa berkualiti bersama keluarga. Kalau tahun lepas bertemakan hijau, tahun ni giliran warna pink pula ❤️


Tema Baju Raya Warna Pink - Beli dekat Gane Martino
mestilah seronok bila warna pink jadi tema baju raya kami sekeluarga tahun ni! 😬✌️


Kali ni, kami beli dekat Gene Martino area Shah Alam. Masa ni baru tahu—rupanya setiap cawangan Gene Martino ada design yang berbeza. Seller yang bagitahu, jadi kalau nak cari pilihan yang lain, boleh juga explore branch lain juga.

Sejujurnya, dah beberapa tahun juga kami beli baju dekat Gene Martino ni. Kainnya selesa, design simple tapi ada lace, dan yang paling penting—harganya masih mampu milik. Dari segi kualiti pula, bagi kami, memang setanding dengan harga yang ditawarkan.

Tak pernah mengecewakan.


Tema Baju Raya Warna Pink - Beli dekat Gane Martino

Ni pun dari Gene Martino, beli dekat Angsana. Kalau tak silap, baju ni dah 3 tahun lepas beli, khas untuk dipakai masa raya kedua waktu tu. Masih elok sampai sekarang.


Kalau nak throwback, pengalaman Huda dengan Gene Martino memang dah lama, sejak zaman belajar di Pahang pada tahun 2015. Beli masa tu pun, sebab baju dia lawa, siap ada lace, dan kebetulan ada promo—baju lace hanya RM150 sehelai.

Sebab tu bila family mula decide nak beli baju dekat Gene Martino, Huda memang terus setuju. Kain dia selesa, ada saiz hingga plus size, potongan biasa (tak ketat ikut badan), design simple tapi ada banyak pilihan, dan yang paling penting—harga tetap berpatutan, termasuk dekat Angsana.

Siapa yang duduk Johor mesti faham, kebanyakan baju di Angsana memang tak murah 😅. Tapi untuk Gene Martino, Huda sangat recommend untuk sesiapa yang nak cari baju cantik dengan bajet marhaen.

Ter-‘promote’ pula Gene Martino ni, tapi serius berbaloi! 😆✌️


Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ye GM design berbeza setiap branch dia. Cie dulu memang beli baju raya GM. Sekarang je macam dah tak beli dah brand GM ni.

    ReplyDelete
  2. gene martino cantik designya sy pakai gene martino dh lama tp tahan la

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !